Posts

Showing posts from April, 2021

Nahi Mungkar Ditinggalkan

Nahi Mungkar yang Ditinggalkan مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ (رواه البخاري) Kenapa tajuk aku mengenai nahi mungkar yang ditinggalkan ? siapa yang meninggalkan nahi mungkar tersebut? Aku cuba highlightkan mengenai nahi mungkar kerana tak ramai orang sanggup dan mampu melakukan nahi mungkar. Berbeza dengan amar ma'ruf kerana ramai orang mampu melakukannya. Mudah saja mengajak manusia kearah kebaikan tapi susah untuk melarang manusia meninggalkan kemaksiatan yang sudah sebati dalam kehidupannya. Sedangkan nabi menyuruh kita mencegah kemungkaran dengan tangan kita (kuasa dan sebagainya), lidah kita, dan jika kita tak mampu untuk mencegah dengan tangan dan lidah kita, maka cubalah membenci perbuatan mungkar tersebut bukannya redha dan tertarik dengannya.  Tapi apa yang terjadi pada hari ini adalah ramai manusia yang redha malah menyokong perbuatan-perbuatan ...

Resensi Di Tepi Sungai Dajlah

Secara umumnya, buku ini menceritakan sejarah² bumi Iraq yang mana dilawati oleh Hamka. Buku ini berkisarkan mengenai sejarah negeri Iraq yang penuh dengan pahit manis perjuangan dan kisah zaman keunggulan islam.  Bagaimana zaman berzaman bertukar dengan bertukarnya pemerintahan dari zaman khalifah 4 sehinggalah zaman abasiyah. Dendam dan api perjuangan mewarnai sejarah tersebut.  Terdapat tali barut dalam setiap pemerintahan menjadikan faktor berjaya dan jatuhnya sebuah kerajaan. Semangat bangsa yang menaikkan semangat, semangat berpuak yang menghidupkan semangat berperang.  Saling berebut diantara sesama Islam yang hanya berbeza bangsa dan suku. Saling menjatuhkan antara satu sama lain. Tiada lagi perpaduan di masa itu diantara bangsa-bangsa itu. Puak Kurd, Arab dan Persia diantara puak atau golongan yg banyak diceritakan dan yang termasuk dalam sejarah Iraq. Bumi yang penuh sejarah Islam dari segi politik, pembangunan dan juga pendidikan. Di zaman Khalifah Harun Ar Ras...