Posts

Nahi Mungkar Ditinggalkan

Nahi Mungkar yang Ditinggalkan مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ (رواه البخاري) Kenapa tajuk aku mengenai nahi mungkar yang ditinggalkan ? siapa yang meninggalkan nahi mungkar tersebut? Aku cuba highlightkan mengenai nahi mungkar kerana tak ramai orang sanggup dan mampu melakukan nahi mungkar. Berbeza dengan amar ma'ruf kerana ramai orang mampu melakukannya. Mudah saja mengajak manusia kearah kebaikan tapi susah untuk melarang manusia meninggalkan kemaksiatan yang sudah sebati dalam kehidupannya. Sedangkan nabi menyuruh kita mencegah kemungkaran dengan tangan kita (kuasa dan sebagainya), lidah kita, dan jika kita tak mampu untuk mencegah dengan tangan dan lidah kita, maka cubalah membenci perbuatan mungkar tersebut bukannya redha dan tertarik dengannya.  Tapi apa yang terjadi pada hari ini adalah ramai manusia yang redha malah menyokong perbuatan-perbuatan ...

Resensi Di Tepi Sungai Dajlah

Secara umumnya, buku ini menceritakan sejarah² bumi Iraq yang mana dilawati oleh Hamka. Buku ini berkisarkan mengenai sejarah negeri Iraq yang penuh dengan pahit manis perjuangan dan kisah zaman keunggulan islam.  Bagaimana zaman berzaman bertukar dengan bertukarnya pemerintahan dari zaman khalifah 4 sehinggalah zaman abasiyah. Dendam dan api perjuangan mewarnai sejarah tersebut.  Terdapat tali barut dalam setiap pemerintahan menjadikan faktor berjaya dan jatuhnya sebuah kerajaan. Semangat bangsa yang menaikkan semangat, semangat berpuak yang menghidupkan semangat berperang.  Saling berebut diantara sesama Islam yang hanya berbeza bangsa dan suku. Saling menjatuhkan antara satu sama lain. Tiada lagi perpaduan di masa itu diantara bangsa-bangsa itu. Puak Kurd, Arab dan Persia diantara puak atau golongan yg banyak diceritakan dan yang termasuk dalam sejarah Iraq. Bumi yang penuh sejarah Islam dari segi politik, pembangunan dan juga pendidikan. Di zaman Khalifah Harun Ar Ras...

Resensi Sabariah karya Buya Hamka

Buku ini ringkas sahaja kerana penulisannya bagi ku penuh dengan rangkap pantun yang susah untuk difahami secara sekali baca. Frasa ayat nya yang penuh dengan maksud tersirat yang tak mampu untuk aku fahami.  Buku ini mnceritakan kisah bagaimana seorang perempuan yang nasibnya agak malang kerana bersuamikan seorang yang miskin. Sabariah tidak pernah terfikir untuk bercerai dengan suaminya walau begitu keadaan suaminya. Tetapi ibunya mengharapkan anaknya dapat hidup bahagia beremas dan berperak.  Si suami, Pulai telah berusaha mencari sesuap nasi dengan keluar berdagang, bersusah payah demi mencari wang buat keluarga.  Si sabariah dipaksa oleh ibunya supaya meminta cerai daripada si Pulai. Tetapi perkara ini telah didengari oleh Si Pulai. Sungguh remuk hati Pulai. Sebgai akhir utk kisah ini, Sabariah telah dbunuh oleh si Pulai dan akhirnya pulai mati dek membunuh dirinya sendiri. Ikhtibar dalam kisah ini yang Hamka ingin sampaikan adalah jangan memutuskan silaturahim diant...

Cukupkah atau berkatkah ?

Bila baca bku bijak merancang wang oleh tuan Afyan, baru nampak gambaran kenapa orang boleh merasa cukup dengan pendapatan yang sedikit, sedangkan ada yang masih rasa tak cukup walaupun pendapatannya dua kali ganda pendapatan si tadi.  Bendanya simple je.. Kalau ada duit banyak tapi tak tahu nak urus, maka tak kemana jugak duit tu. Dan klau ada duit sedikit dan pandai urus, maka tak rasa tertekan walau kekurangan di situ.  Betullah, banyak duit tak semestinya bahagia, sedikit duit tak bermakna hidup susah, semuanya soal bagaimana kita mengurusnya dan adakah berkat harta kita ?? Bila cakap soal berkat ni, teringat kata-kata seorang penulis buku ni, yang bunyilah lebih kurang camni, kita bleh capai sesuatu tu atas ihsan Allah, kita boleh buat sesuatu tu juga adalah hasil berkat daripada niat kita yang asal, iaitu kerana Allah.  Semuanya kerana Allah Semuanya kerana Allah dan kerana Allah bila semua kerana Allah, manusia takkan sedih bila direject, reject ni contoh je lah ta...

Buku !

Pokok rendang penuh berdahan, Dicantas satu semakin lebat, Membaca buku jadikan latihan, Lama-lama menjadi hebat Di pagi raya ramai tetamu, Menjamun selera semperit dahlia, Bangsa membaca bangsa berilmu, Pasti jua berakhlak mulia

Intro

Bismillah,  Here I'm for sharing my thoughts, book reviews and mores. Just read my post if you think it benefit for you😊