Resensi Sabariah karya Buya Hamka
Buku ini ringkas sahaja kerana penulisannya bagi ku penuh dengan rangkap pantun yang susah untuk difahami secara sekali baca. Frasa ayat nya yang penuh dengan maksud tersirat yang tak mampu untuk aku fahami.
Buku ini mnceritakan kisah bagaimana seorang perempuan yang nasibnya agak malang kerana bersuamikan seorang yang miskin.
Sabariah tidak pernah terfikir untuk bercerai dengan suaminya walau begitu keadaan suaminya. Tetapi ibunya mengharapkan anaknya dapat hidup bahagia beremas dan berperak.
Si suami, Pulai telah berusaha mencari sesuap nasi dengan keluar berdagang, bersusah payah demi mencari wang buat keluarga.
Si sabariah dipaksa oleh ibunya supaya meminta cerai daripada si Pulai. Tetapi perkara ini telah didengari oleh Si Pulai. Sungguh remuk hati Pulai.
Sebgai akhir utk kisah ini, Sabariah telah dbunuh oleh si Pulai dan akhirnya pulai mati dek membunuh dirinya sendiri.
Ikhtibar dalam kisah ini yang Hamka ingin sampaikan adalah jangan memutuskan silaturahim diantara anak yang serang berkasih sayang dan telah bersuami.
Kerana ianya sangat perit bagi mereka yang menjalaninya. Jangan jadikan harta ukuran kebahagiaan, kerana ramai yang kaya masih lagi tak beroleh bahagia.
Comments
Post a Comment