Cukupkah atau berkatkah ?
Bila baca bku bijak merancang wang oleh tuan Afyan, baru nampak gambaran kenapa orang boleh merasa cukup dengan pendapatan yang sedikit, sedangkan ada yang masih rasa tak cukup walaupun pendapatannya dua kali ganda pendapatan si tadi.
Bendanya simple je..
Kalau ada duit banyak tapi tak tahu nak urus, maka tak kemana jugak duit tu. Dan klau ada duit sedikit dan pandai urus, maka tak rasa tertekan walau kekurangan di situ.
Betullah, banyak duit tak semestinya bahagia,
sedikit duit tak bermakna hidup susah,
semuanya soal bagaimana kita mengurusnya dan adakah berkat harta kita ??
Bila cakap soal berkat ni, teringat kata-kata seorang penulis buku ni, yang bunyilah lebih kurang camni, kita bleh capai sesuatu tu atas ihsan Allah, kita boleh buat sesuatu tu juga adalah hasil berkat daripada niat kita yang asal, iaitu kerana Allah.
Semuanya kerana Allah
Semuanya kerana Allah
dan kerana Allah
bila semua kerana Allah, manusia takkan sedih bila direject, reject ni contoh je lah tau.. huhu..
Kena reject kertas kerja, kena reject manuskrip, kena reject awek, kena reject dengan manusia lah senangnya..
Bila kita buat sesuatu kerana Allah, kita takkan sedih kena halang/tendang kerana manusia. Sebab kita tahu, niat kita semata-mata kerana Allah.
untuk dapatkan redhaNya
untuk dapatkan kasih sayangNya
k balik kepada soal keberkatan tadi,
Berkat ni tak boleh nak beli tau, ianya dapat dirasa oleh yang orang-orang yang Allah kurniakan keberkatan kepada mereka sahaja disebabkan:
- pekerjaan mereka halal dan Allah redha
- mereka melakukan sesuatu perkara ikhlas murni kerana Allah semata-mata.
Dan banyak lagilah perbuatan-perbuatan yang boleh menjemput keberkatan ni.
So, apapun kita kena baiki mindset kita bahawa kaya tak semestinya berasa cukup dan miskin tak semestinya berasa tak cukup kerana boleh jadi harta yang sedikit itu penuh berkat dan harta si kaya tadi penuh dengan kesamaran yang membawa kepada kemurkaan Allah.
Allah lah yang mengurniakan rezeki kepada hamba-hambaNya, dan rezeki itu bukan kerana usaha manusia semata-mata.
Comments
Post a Comment