Nahi Mungkar Ditinggalkan
Nahi Mungkar yang Ditinggalkan
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
(رواه البخاري)
siapa yang meninggalkan nahi mungkar tersebut?
Aku cuba highlightkan mengenai nahi mungkar kerana tak ramai orang sanggup dan mampu melakukan nahi mungkar.
Berbeza dengan amar ma'ruf kerana ramai orang mampu melakukannya. Mudah saja mengajak manusia kearah kebaikan tapi susah untuk melarang manusia meninggalkan kemaksiatan yang sudah sebati dalam kehidupannya.
Sedangkan nabi menyuruh kita mencegah kemungkaran dengan tangan kita (kuasa dan sebagainya), lidah kita, dan jika kita tak mampu untuk mencegah dengan tangan dan lidah kita, maka cubalah membenci perbuatan mungkar tersebut bukannya redha dan tertarik dengannya.
Tapi apa yang terjadi pada hari ini adalah ramai manusia yang redha malah menyokong perbuatan-perbuatan kemungkaran tersebut. Contoh mudah yang aku boleh bagi, artis upload gambar seksi, ada ramai dari kita yang sumbang like pada posting tersebut seolah-olah kita redha dengan perkara tersebut.
Allahu.. cuba muhasabah wahai sahabat. Wujud lagikah keimanan walau sebesar zarah dalam hati kita ?
Comments
Post a Comment